Tuesday, 4 October 2011

^_^

Bisikan Hati Seorang Remaja (klik sini).

Wednesday, 10 August 2011

...EnT@h...

lawa lencana..perghh!!

AssaLamUalaiKuM w.b.t
(sApe Yg dah bacE tlg soh Yg leN bace Post ni)
(terpulang la nk print ke, nk copy ke, yg pntg sume sahabt yg terlibat sudah baca)

duN ask Who I am
paDa yg Tau siaPa saYA SilenT ur Mouth

di saat sy terdetik untuk merapu di sini, adalah di saat apa sebenarnye yg dah jadi pada kita?? Q1 @ Roti
bukan menunding jari pada sesiapa,bkn nk salahkn sesiapa, utk diri ni n sahabt len, plis take it as advice, jgn ego ye  :)  just apa yg nk saya katakan adalah apa yg sedang saya ketahui dan apa yg saya  pndangi(opinion) 

byk sgt masalah hati antara kita ni, (jgn x ngaku ye)
si fulan 2 x betol, si A ni ego, si H ni ketegaq  x faham konsep,si Z ni  x reti nk buat keje, si S ni suka wat pala seniri, si N ni suka wat cerita,
(macam2kan)
nape ek jadi gitu???(think3)

MunGkin Ade BBerApe Sbb :(
> aku Byk Jawatn lA...korg Xpaham....nk pegang tu, nk Pgg ni, Nk Study
> Aku Ni Bgus, sBB 2 aku di Lntik jd Ketua, keJE aku korg x Paham
>akU byk Pngalamn Dari HangPa, Hangpa ni Pikiran sempit..Camna nk maju klu Gna method 2, Gna method aku, msti Success.
> asYik aku ja Kena Marah, Korg Punye Salah aku kEne Marah, Xpenh Nk paham aKu ke??
> kiTa ni x Sama, Kau dgN keje kau, aku Dgn Keje aku
> Dulu kau buat aku cam2 kan, sekarang aku balas balik(x MO bg Kerjasama)
> aku Hebat!! jgN lawan Cakap aku..

 atau sbb yg x leh blah:
- lantak la korg...aku malas nk amek tau, nk gado ka, nk baik ka...OUT oF MY BISNES...
- DAH X PERCAYA SAHABat, LEBIH PERCAYA ORG LEN SLAIN SAHABAT(ISH3)
- Malas Nk Telus KLu  face 2 Face

klu nk listkn byk lg ni...tp x pa cukup sampai ni ja...kata hati ni, antaranya mgkin dalam hati saya, hati saudara atau hati saudari...

PERGHHH!!! byk gler.....pehal ni????
nape ini jadinye? napa ni yg kita dapat? dun all of u think we need  to cooperate?
klu dlu b4 sume berkuasa ukhuwah mantap..napa ble sume dah jadi raja  sume x mau jadi rakyat da?
napa byk sgt x puas ati?? 
klu sahabt kita x reti wat kije, napa kite x ajar die? kenapa perlu marah?
klu sahabt kita wat salah, napa x tegur? kutuk blakang plak?
klu KITA ni bagus sgt, napa x jadikan sahbat kita sehebt kita? atau lebih baik?
klu kita bengang ngan sahabt kita, sampai tahap gaban la, xkan di sebabkn perkara 2 aje yg kita nk benci dia, xmau amek tau pasal dia, 
xkan la xde satu pun kebaikan  yg sahbat kita penah wat sampai keslahan yg kecik dia  wat pun ley  
mghilgkn apprecitate kita terhadap kebaikan dia..


 woooooo000000...
ape sume ni? ni ke ukuwah yg hebat sgt tu?
oopsss lupe, sapa saya nk tegur pmimpin2 hebat ni..
sapa saya nk cakap camni kan?
TAPI sayA dah Bosan la CAmni....
B.O.S.A.N
suruh org, profesional? dakwah org jaga ukhuwah?
kite???? buat ke?
(tgk balik as-saff)

WAKE UP Sahabt2ku...
kita sedar x kita sedang diuji ni?
kita sedar x kita tgh dinilai ni?
oleh sapa??(gud ques)
OLEH ALLAH ler....
kita mungkin x di uji dari segi ibadah, dari segi pergaulan macam insan len
tp kita ni sedang diuji dalam berukhuwah...sedar x?
di uji dgn masalah ati..sedar x?
x sedar lg..ok2 ikut saya ye..
angkat tgn kanan 90 degree keatas sebelah kanan
dgn kelajuan 180 km/h sepak pipi anda...

stop2 la nk touching lebey2, nk x puas ati, nk macam2 perkara yg x BAGUS la....stop2 la...
kita ni bersahabat bukan sbb kelebihan
kita ni berukhuwah sbb nk cari REDHA ILLAHI
jgn igt sume org perfect...
sbb 2 la ade sahabt, saling melengkapi(bkn suami isteri je sling melengkapi)
jgn harap sahabt kita perfect sume,
klu nk shbat kita PERFEct SGT, CHECK OUT UR SELF 1st!!

jom muhasabah balik, kenapa kita bertemu, berukhuwah?
kita ada byk kijo nk wat lg ni
(dok Pk masalah hati, biLA nk wat KIjO)


satu lg..
be profesional ya,jgn emosi sgt
macam mana pun amanh perlu didahulukn
sakit ati ka, xda ati ka,
keje ttp kije n ttap jadi amanah kita
(nk cakap byk sume hebat2 bab berbahas pasal pro x pro ni)
so, paham2 la ye, jgn sbb x puas ati
abes tanggungjawab kita pun kite tinggalkan
(STUDY PUN JGN LUPA SEIMBANGKAN)

SMOGA KITA SENTIASA DLM REDHANYA
JOM BINA BALIK UKHUWAH!!

p/s: peringatan utk diri saya seniri terutamanya..maaf andai ade yg terguris atau sakit ati n so on.
      x da niat nk salahkan sapa2, macm saya habaq awai2 td, take it as advice k...jgn ego....

renungkan2, jgn renung x da action pulok..  :)





Monday, 20 June 2011

terasa lama sgt xberkumpul ramai2...RJ...ataupun Q1... 




"Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagiaan yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa" 
(43:67)

Hebat seorang sahabat..
Wajahnya bisa menarik hati kepangkuan ilahi
lantas teringat aku pada Rabbi..

Hebat seorang sahabat..
Tuturnya yang damai bisa menggetarkan jiwa-jiwa yang mati bangun kembali
mengejar kembali akhirat untuk hidup tatkala mati..

Hebat seorang sahabat..
Jasadnya bekerja umpama angin ribut salju
senyap,tegap,pantas,kemas
yang menatap turut bangkit dengan roh dan jasad..

Hebat seorang sahabat..
Cintanya pada Allah lebih dari yang lain
termasuk aku sahabatnya ini..

Hebatnya diriMu Ya Allah..
Ada dikalangan hambaMu sehebat ini..

sambil2..terjumpa 1 kata2 dr seorang akhowat sekolah lama dulu.. dedikasikan utk semua shbt Q1... =)

"Wahai Tuhan Yang Maha Baik..
Sahabatku yang satu ini amat aku cintai, kerana Engkau yang memberi anugerah ini
Dia cerminan untuk aku membetulkan diri
Ujian yang datang padanya,adalah teguran tidak langsung seorang hamba dari Penciptanya.."

"Tiap patah bicaranya umpama mendengar Engkau yang berkata-kata kepadaku
Tidak lekang namamu dibibirnya,lantas aku turut sama merasa kehadiranmu dalam setiap helaan nafas.."

"Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar..
Engkau telah mendengar segala sangkaan dan rintihan hati kami
Tautkan hati kami ini, Kau pimpinlah kami mengikut percaturanMu kerana kami akan tetap cuba berbaik sangka.."

"Satu ketika Dia temukan kita, Dia pisahkan kita dan kemudian Dia ketemukan kita semula.
semua itu dengan izinNya
Nanti..kita akan tunggu dan menunggu untuk ditemukan semula
Kalau nanti masa itu tidak tiba, maka akhiratlah masa penungguan seterusnya.."

semoa bertemu kita indah dgn pjuangan ini...
berpisah kita syahid di dunia ini... =)

Friday, 10 June 2011

Soley Soley

Bagaimana menyempurnakan taklifan??? Hmmmm.. Cadangan di bawah boleh kita praktikkan... Ingat! ianya sekadar cadangan...

1. goal setting. memindah alih 'goal' yang ingin dicapai oleh pemberi taklifan sebagai 'goal' yang juga ingin di capai oleh kita. Sebagai contoh, syarikat mensasarkan 40 orang ddaftaran sebagai ahli dalam syarikat kita pada 6 bulan pertama. sasaran kita juga mestilah mensasarkan 40 orang ahli didaftarkan sebagai ahli dalam syarikat kita dalam mempromosikan produk kepada tatapan umum.

2. mengaplikaskan 'empower'. maksudya, kita sendiri yang membuat polisi terhadap port folio yang kita pegang. contohnya, exco ekonomi dalam sesebuah organisasi membuat pelan tindakan dan polisi sendiri untuk menggerakkan exco ekonomi tersebut.

3. mengaplikasikan 'fluidity'. maksudnya, kita sebagai pemegang taklifan perlu bersifat seperti cecair. cecair sifatnya tetap mengalir walaupun ada halangan. jika ada batu besar di sebelah kanan, air akan mencari jalan lain dengan mengalir di sebelah kiri. jika ada batu besar di sebelah kiri, air akan mengalir di sebelah kanan. jika ada tembok di hadapan, air akan mengumpul kuantiti hingga mampu merobohkan tembok itu. begitu juga kita sebagai pemegang taklifan. cuba sedaya upaya untuk mencari jalan jika di halang. jangan berundur. teruskan ke hadapan dengan mencari jalan lain. dan jika tak mampu atau tiada jalan lain, kumpul tenaga dan rempuh sang penghalang gerak kerja kita. air tak pernah berundur sebaliknya terus mengalir ke hadapan.

4. mulakan berfikir dengan topi hijau. apakah yang dimaksudkan dengan topi hijau? Dr. Edward de Bono(pengasas teori 'lateral thinking') telah memperkenalkan atau mencipta satu kaedah yang membolehkan seseorang itu melakukn satu cara berfikir sahaja pada suatu waktu . Kaedah tersebut dikenali sebagai Enam Topi Pemikiran yang melambangkan enam cara atau stail pemikiran yang berbeza-beza.
! Topi Hijau ( Green Hat )
-Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif.
-Warna hijau melambangkan otak yang subur dengan ida-idea.

-Top hijau digunakan bagi mencari idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada.
-Topi hijau digunakan pada waktu mula-mula berfkir.
-Situasi yang paling penting bagi menggunakan topi hijau ialah ketika ingin menyelesaikan masalah.


Topi Kuning ( Yellow Hat )
-Topi kuning melambangkan pemikiran yang konstrukktif.
-Warna kuning melambangkan kecerahan yang bermakna positif.
-Topi kuning digunakan bagi mencari  segala faedah daripada sebarang idea alternatif yang dikeluarkan oleh topi hijau.
-Situasi yang paling baik bagi menggunakan topi kuning ialah apabila mendapati idea-idea yang banyak kelemahan .


! Topi Putih ( White Hat )
-Topi putih melambangkan pemikiran objektif.
-Warna putih melambangkan kebersihan yag bermakna tiada prejudis.
-Topi putih digunakan untuk mencari fakta , angka dan maklumat semata-mata.
-Topi putih dipakai sebelum membuat sebarang keputusan memilih alternatif.

! Topi Hitam ( Black Hat )
-Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif.
-Warna hitam melambangkan kegelapan yang bermaka tiada harapan.
-Topi hitam digunakan untuk mencari segala yang salah , sukar , berisiko dan berbahaya.
-Topi hitam berguna untuk menghasilkan rancangan kecemasan dan keselamatan.
-Topi hitam dipakai sebelum membuat sebarang tindakan dengan memikirkan segala kebuurukan dan kerugian yang akan dialami.


! Topi Merah ( Red Hat )
-Topi merah melambangkan pemikiran yang emosional.
-Warna merah melambangkan perasaan yang ghairah.
-Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan intuisi sewaktu berfikir.
-Masa yang paling sesuai memakai topi ini ialah selepas mengambil kira semua fakta yang ada.


!Topi Biru ( Blue Hat )
-Topi biru melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai.
-Warna biru melambangkan langit yang bermakna paling atas.
-Topi biru mengawasi topi-topi lain bekerja.
-Orang yang paling sesuai untuk memakai topi ini ialah sesorang yang menjadi ketua.


5. mendarah daging gerak kerja Islam

6. mengasah multiskill.

sekadar ini saja perkongsian ana. semoga yang sedikit ini menjadi input yang berguna kepada sahabat-sahabat...



Just a little bit lonely
Just a little bit sad
I was feeling so empty
Until you came back
Until you came back
Until you came
Ooh Soley Soley
Soley Soley
Soley Soley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Just a little bit closer
Can you lay by my side
Can we get it together
Lazing in the sand
Lazing in the sand
Lazing in the-
Ooh Soley Soley
Soley Soley
Soley Soley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Soley Soley Soley Soley So-o-ley
Soley Soley Soley Soley So-o-ley
Soley Soley Soley Soley So-o-ley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Ooh Soley Soley . . .

Tuesday, 7 June 2011

God

You ask; He gives.
You cry; He listens.
You call; He runs.
You sin; He forgives.
You repent; He forgets.
You knock; He opens.
You attend; He welcomes.
You nag; He hears.
You request; He accepts.
You question; He solves.
You plea; He resolves.
You take; He provides.
You insist; He grants…

Everything you do, is about you.. and everything He does, is about you..
Thus which of Allah’s favours can you deny?

Saturday, 28 May 2011

Tahniah & Takziah


salam sahabat2 yang ana sayang..

tahniah dan takziah buat kalian atas taklifan dan amanah yang diberikan. ana masih tak ketahuan lagi. suma nie dah diputuskan dan ada keberkatan dan hikmah atas suma nie. kita as pimpinan sebagai agen perubahan untuk masa yang akan datang. ana gembira dan terharu dapat shbt2 mcm antum suma. ana harap kita dapat bergerak kerja sebagi satu pasukan yg mana bila datangnya badai dan ombak yg menghalang, kita dapat harungi sama2..bukan hanya mementingkan diri sendiri. apa2 pun kita percaya dan yakin dengan batch kita dulu. selidik apa yg patut. rancangkan sebaiknya apa yang perlu dirancang. buka buat tindakan yang melulu sehingga merosakkan fikiran orang lain dan seterusnya menyusahkan orang lain yang berada di dalamnya. jadikan diri kita pemimpin yang baik dan bukan hanya pengikut yang baik. setiap kejadian yang terjadi ada hikmahnya. kita hanya merancang dan Allah juga merancang tapi sebaik2 perancangan adalah Allah. pesanan ana..jaga hati, jaga iman. 

Moga Allah redha.

..

"..andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan yang usang dan hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin dengan ramainya mereka, tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..."  

[As-syahid Imam Hasan Al-Banna]

..

..moga kita sahabat2 adalah jiwa-jiwa yang ikhlas hatinya, yang tinggi tadhiyyahnya untuk terus istiqamah di medan dakwah ini..

Wednesday, 11 May 2011

Suara(ku berharap)

Assalamualykum wbt...
Q1~sayangku, rinduku, kasihku, darahku, dihatiku... hehe


30 minit sunan hanya merenung skrin laptop, berfikir, "apa yang aku nak merapu ni?"


PLING!!! Idea dah mai dah... Dia mai dah... Tudia.....


Sunan suka untuk membawa sahabat sekalian untuk kita mengkaji sejarah pemimpin-pemimpin Islam yang ulung. Ketelusan dalam menerima pendapat rakyat dan pengikut menjadi salah satu indikator dalam membina muwasshafat dan karektor pemimpin yang berjaya dan disegani, menjadi pemimpin yang senantiasa evergreen dalam sejarah peradaban dunia.


Saidina Umar bin al-Khattab, salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga, khulafa' arrasyidin yang kedua selepas Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Seorang pemimpin yang luar biasa hebatnya. Pada satu hari, ketika Khalifah Umar selesai memberikan pidato di hadapan para sahabat dan meminta diluruskan apabila dirinya menyimpang. Tiba-tiba bangun seorang pemuda mengacukan pedangnya lalu berkata dengan nada yang lantang, "Wahai Umar, apabila kami melihat engkau menyimpang, kami akan meluruskanmu dengan pedang ini!" Subhanallah! Begitu berani anak muda itu. Saidina Umar yang mendengar 'amaran' tadi terus mengucapkan hamdalah(Alhamdulillah).

Sunan ingin bawa satu lagi kisah, kisah Saidina Umar bin Abdul Aziz. Saidina Umar bin Abdul Aziz pernag satu ketika ditegur oleh seorang anak muda gara-gara dalam satu kesempatan berdialog dengan rombongan kaum Muslimin dari tanah Hijjaz, khalifah mengabaikan anak muda itu dan hanya memberi tumpuan kepada yang sebaya usianya sahaja. Menurut anak muda itu, kemuliaan seserang tidak dilihat pada usianya tetapi dari kefasihan lidah dan kebersihan hati. Dengan sifat keterbukaan khalifah, khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima teguran pemuda tadi.

Apa pengajaran yang dapat kita ambil daripada riwayat yang ringkas ini? Cuba kita lihat dari sudut pandang sisi seorang pemimpin. Betapa terbuka dan berlapang dadanya kedua-dua khalifah ini apabila ditegur. Khalifah Umar al-Khattab ditegur dengan lantang oleh seorang anak muda yang menghunus pedangnya ke arah khalifah. Akan tetapi, khalifah mengucapkan hamdalah, langsung tidak mengambil apa-apa tindakan keras kepada anak muda tersebut atau melabel nak muda itu dengan label tidak taat atau tidak wala'. Begitu juga kisahnya dengan kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Seorang pemimpin yang bersifat terbuka, berlapang dada, menerima teguran, mengakui kesilapan jika tersalah, adalah seorang pemimpin yang luar biasa. Masihkah ada lagi pemimpin seperti itu pada zaman ini???

Kita tengok pula perihal sifat kedua-dua anak muda dalam kisah-kisah tadi. Berani menegur pimpinan. Pengaplikasian amar makruf nahi mungkar seperti ini(berani menegur pimpinan) jarang sekali kita lihat. Harus diingat, pimpinan bukan maksum. Hanya Rasulullah saw sahaja yang maksum. Oleh iu, pimpinan tidak terlepas daripada membuat kesalahan. Bila mana pimpinan membuat kesalahan, kita sebagai pengikut kena berani tegur. Cuma teguran itu perlulah dalam kerangka beradab. Apakah definisi beradab? Adakah pemuda dalam kisah Saidina Umar al-Khattab tadi yang menghunus pedangnya dikira sebagai tidak beradab? Ini yang perlu difahami oleh pimpinan dan juga pengikut. Jika kedua-dua belah pihak tidak faham, akan terjadi kekeruhan hubungan antara qiyadah dan jundiyah.

Pemuda atau anak muda dalam kisah ringkas tadi menunjukkan kepada kita bahawa anak muda atau kita boleh sinonimkan dengan ahli baru juga LAYAK bersuara. Jangan sesekali ada dalam hati kita perasaan kerdil atau tidak layak bersuara di hadapan pimpinan. "Ana ahli baru lagi, tak layak nak bersuara". Hancur! Hancur jika ada antara kita sikap yang macam ni.

Sahabat/iah sekalian, kita ni anak muda, anak muda sifatnya memberontak, lantang, pemarah, berani, keras kepala, ego, ikut kepala sendiri. Itu fitrah anak muda. Jangan sesekali kita sekat fitrah ini. Jangan menzalimi fitrah anak muda. Akan tetapi, lorongkan sifat-sifat ini dalam acuan positif. Jangan lihat ia sebagai masalah, tetapi lihatlah ia sebagai potensi. Islam memerlukan anak muda yang macam ni. Islam tidak hanya perlu anak muda yang baik, tetapi Islam memerlukan anak muda yang kuat, berani, responsif dan konstruktif. Dan ingatan sekali lagi, pimpinan bukan maksum. Disebabkan pimpinan bukan maksum lah ada rois yang kena penampar Jepun. Disebabkan pimpinan bukan maksum lah ada roisah yang kena baling pasir. Tetapi, adakah perbuatan 'ahli itu' tidak beradab? Hahahahahaha....

Sesiapa sahaja yang mengganggu gugat gerak kerja Islam, mereka adalah musuh kita. Tidak kiralah mereka itu Islam atau kafir, jika mereka mengganggu gerak kerja kita, perangi mereka biarpun mereka itu sahabat kita, guru kita, ahli keluarga kita, ustaz kita, murobbi kita, mursyid kita. Cuma metod 'perang' itu perlu diperhalusi supaya tidak melanggar syara'.

Mungkin ada salah silap dalam penceritaan kisah tadi, mohon diperbetulkan. Jika ada pendapat sunan yang dilontarkan tadi tidak betul, tegurlah sunan. Kita buka ruang hujjah. Islam itu berdiri atas hujjah. Jika salah, tunjukkan di mana salahnya. Faham? Kalau sahabat/iah sekalian berkelapangan, klik sini.

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku (^_^)

Sunday, 8 May 2011

salam ukhwah Q1..

..assalamualaikum..

salam sayang penuh rindu buat sahabat2 Q1, semoga dengan adanya media baru nie, ukhwah kita tetap mengalir di bumi Allah nie..moga kita terus thabat di jalanNya tanpa ada yang tergelincir dari landasanNya..segala yang baik kita kongsi bersama, segala yang buruk kita perbaiki untuk menjadi yang terbaik..

hanya untuk Islam !

takbir !!