Saturday, 28 May 2011

Tahniah & Takziah


salam sahabat2 yang ana sayang..

tahniah dan takziah buat kalian atas taklifan dan amanah yang diberikan. ana masih tak ketahuan lagi. suma nie dah diputuskan dan ada keberkatan dan hikmah atas suma nie. kita as pimpinan sebagai agen perubahan untuk masa yang akan datang. ana gembira dan terharu dapat shbt2 mcm antum suma. ana harap kita dapat bergerak kerja sebagi satu pasukan yg mana bila datangnya badai dan ombak yg menghalang, kita dapat harungi sama2..bukan hanya mementingkan diri sendiri. apa2 pun kita percaya dan yakin dengan batch kita dulu. selidik apa yg patut. rancangkan sebaiknya apa yang perlu dirancang. buka buat tindakan yang melulu sehingga merosakkan fikiran orang lain dan seterusnya menyusahkan orang lain yang berada di dalamnya. jadikan diri kita pemimpin yang baik dan bukan hanya pengikut yang baik. setiap kejadian yang terjadi ada hikmahnya. kita hanya merancang dan Allah juga merancang tapi sebaik2 perancangan adalah Allah. pesanan ana..jaga hati, jaga iman. 

Moga Allah redha.

..

"..andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan yang usang dan hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin dengan ramainya mereka, tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..."  

[As-syahid Imam Hasan Al-Banna]

..

..moga kita sahabat2 adalah jiwa-jiwa yang ikhlas hatinya, yang tinggi tadhiyyahnya untuk terus istiqamah di medan dakwah ini..

Wednesday, 11 May 2011

Suara(ku berharap)

Assalamualykum wbt...
Q1~sayangku, rinduku, kasihku, darahku, dihatiku... hehe


30 minit sunan hanya merenung skrin laptop, berfikir, "apa yang aku nak merapu ni?"


PLING!!! Idea dah mai dah... Dia mai dah... Tudia.....


Sunan suka untuk membawa sahabat sekalian untuk kita mengkaji sejarah pemimpin-pemimpin Islam yang ulung. Ketelusan dalam menerima pendapat rakyat dan pengikut menjadi salah satu indikator dalam membina muwasshafat dan karektor pemimpin yang berjaya dan disegani, menjadi pemimpin yang senantiasa evergreen dalam sejarah peradaban dunia.


Saidina Umar bin al-Khattab, salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga, khulafa' arrasyidin yang kedua selepas Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Seorang pemimpin yang luar biasa hebatnya. Pada satu hari, ketika Khalifah Umar selesai memberikan pidato di hadapan para sahabat dan meminta diluruskan apabila dirinya menyimpang. Tiba-tiba bangun seorang pemuda mengacukan pedangnya lalu berkata dengan nada yang lantang, "Wahai Umar, apabila kami melihat engkau menyimpang, kami akan meluruskanmu dengan pedang ini!" Subhanallah! Begitu berani anak muda itu. Saidina Umar yang mendengar 'amaran' tadi terus mengucapkan hamdalah(Alhamdulillah).

Sunan ingin bawa satu lagi kisah, kisah Saidina Umar bin Abdul Aziz. Saidina Umar bin Abdul Aziz pernag satu ketika ditegur oleh seorang anak muda gara-gara dalam satu kesempatan berdialog dengan rombongan kaum Muslimin dari tanah Hijjaz, khalifah mengabaikan anak muda itu dan hanya memberi tumpuan kepada yang sebaya usianya sahaja. Menurut anak muda itu, kemuliaan seserang tidak dilihat pada usianya tetapi dari kefasihan lidah dan kebersihan hati. Dengan sifat keterbukaan khalifah, khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima teguran pemuda tadi.

Apa pengajaran yang dapat kita ambil daripada riwayat yang ringkas ini? Cuba kita lihat dari sudut pandang sisi seorang pemimpin. Betapa terbuka dan berlapang dadanya kedua-dua khalifah ini apabila ditegur. Khalifah Umar al-Khattab ditegur dengan lantang oleh seorang anak muda yang menghunus pedangnya ke arah khalifah. Akan tetapi, khalifah mengucapkan hamdalah, langsung tidak mengambil apa-apa tindakan keras kepada anak muda tersebut atau melabel nak muda itu dengan label tidak taat atau tidak wala'. Begitu juga kisahnya dengan kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Seorang pemimpin yang bersifat terbuka, berlapang dada, menerima teguran, mengakui kesilapan jika tersalah, adalah seorang pemimpin yang luar biasa. Masihkah ada lagi pemimpin seperti itu pada zaman ini???

Kita tengok pula perihal sifat kedua-dua anak muda dalam kisah-kisah tadi. Berani menegur pimpinan. Pengaplikasian amar makruf nahi mungkar seperti ini(berani menegur pimpinan) jarang sekali kita lihat. Harus diingat, pimpinan bukan maksum. Hanya Rasulullah saw sahaja yang maksum. Oleh iu, pimpinan tidak terlepas daripada membuat kesalahan. Bila mana pimpinan membuat kesalahan, kita sebagai pengikut kena berani tegur. Cuma teguran itu perlulah dalam kerangka beradab. Apakah definisi beradab? Adakah pemuda dalam kisah Saidina Umar al-Khattab tadi yang menghunus pedangnya dikira sebagai tidak beradab? Ini yang perlu difahami oleh pimpinan dan juga pengikut. Jika kedua-dua belah pihak tidak faham, akan terjadi kekeruhan hubungan antara qiyadah dan jundiyah.

Pemuda atau anak muda dalam kisah ringkas tadi menunjukkan kepada kita bahawa anak muda atau kita boleh sinonimkan dengan ahli baru juga LAYAK bersuara. Jangan sesekali ada dalam hati kita perasaan kerdil atau tidak layak bersuara di hadapan pimpinan. "Ana ahli baru lagi, tak layak nak bersuara". Hancur! Hancur jika ada antara kita sikap yang macam ni.

Sahabat/iah sekalian, kita ni anak muda, anak muda sifatnya memberontak, lantang, pemarah, berani, keras kepala, ego, ikut kepala sendiri. Itu fitrah anak muda. Jangan sesekali kita sekat fitrah ini. Jangan menzalimi fitrah anak muda. Akan tetapi, lorongkan sifat-sifat ini dalam acuan positif. Jangan lihat ia sebagai masalah, tetapi lihatlah ia sebagai potensi. Islam memerlukan anak muda yang macam ni. Islam tidak hanya perlu anak muda yang baik, tetapi Islam memerlukan anak muda yang kuat, berani, responsif dan konstruktif. Dan ingatan sekali lagi, pimpinan bukan maksum. Disebabkan pimpinan bukan maksum lah ada rois yang kena penampar Jepun. Disebabkan pimpinan bukan maksum lah ada roisah yang kena baling pasir. Tetapi, adakah perbuatan 'ahli itu' tidak beradab? Hahahahahaha....

Sesiapa sahaja yang mengganggu gugat gerak kerja Islam, mereka adalah musuh kita. Tidak kiralah mereka itu Islam atau kafir, jika mereka mengganggu gerak kerja kita, perangi mereka biarpun mereka itu sahabat kita, guru kita, ahli keluarga kita, ustaz kita, murobbi kita, mursyid kita. Cuma metod 'perang' itu perlu diperhalusi supaya tidak melanggar syara'.

Mungkin ada salah silap dalam penceritaan kisah tadi, mohon diperbetulkan. Jika ada pendapat sunan yang dilontarkan tadi tidak betul, tegurlah sunan. Kita buka ruang hujjah. Islam itu berdiri atas hujjah. Jika salah, tunjukkan di mana salahnya. Faham? Kalau sahabat/iah sekalian berkelapangan, klik sini.

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku (^_^)

Sunday, 8 May 2011

salam ukhwah Q1..

..assalamualaikum..

salam sayang penuh rindu buat sahabat2 Q1, semoga dengan adanya media baru nie, ukhwah kita tetap mengalir di bumi Allah nie..moga kita terus thabat di jalanNya tanpa ada yang tergelincir dari landasanNya..segala yang baik kita kongsi bersama, segala yang buruk kita perbaiki untuk menjadi yang terbaik..

hanya untuk Islam !

takbir !!